CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 September 2010

hubungan anak susuan kepada keluarga ibu susuan dlm konteks islam

sebangai ibu yg pro bf..antara isu yg popular pd ketika ini adalah isu bayi susuan..dan aku perlu meneliti hukum hakam hubungan keluarga yg terjalin antara family ibu susuan dan bayi yg disusukan...terdapat pelbagai mazhab ulama' membincangkan ttg bende nie dan tidak dpt ditentukan hukum sebenar dan memberikan ketepatan hukum yg muktamad..

kepada mama² yang sedang menjadi ibu susuan..bole refer...di sini
juga bole di jadikan pengetahuan tambahan di sini

artikel nie aku refer dari utusan online..aku highlight dengn merah utk tekan kan syarat² bayi dan ibu telah menjadi ibu susuan..

 Elak kekeliruan menentukan nasab


KECENDERUNGAN golongan wanita profesional yang belum berkahwin mengambil anak angkat dan memakan pil penggalak susu badan untuk bayi angkat mereka memang satu trend membimbangkan.
Ia bukan sahaja mematikan terus keinginan golongan itu untuk berumah tangga bahkan juga menyukarkan penentuan nasab yang menyebabkan kekeliruan apatah lagi sekiranya ibu angkat cuba menyembunyikan identiti anak tersebut.

Ia juga membantutkan sesebuah institusi kekeluargaan, tambahan pula adanya fobia terhadap perkahwinan kerana sering dimomokkan dengan kisah perceraian pasangan lain sesudah beberapa tahun berkahwin.

Penderaan mental dan fizikal ke atas kaum wanita sebagai isteri, ibu dan anak juga membataskan hasrat untuk berkahwin walaupun wanita teringin mempunyai anak sendiri. Hasilnya, mereka berusaha dengan cara lain untuk menyambung generasi yang tidak sah nasab tanpa mengambil kira risiko di masa hadapan.

Kenyataan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim supaya kaum Hawa kembali kepada fitrah manusia yang memerlukan institusi perkahwinan sebagai ikatan kekeluargaan bagi menyambung zuriat perlu direnung dengan mendalam.
Ini kerana institusi perkahwinan yang mantap merupakan penyumbang besar kepada proses peralihan zaman anak-anak yang teratur dan masa depan negara.

Hakikatnya, bukan sahaja golongan wanita yang cenderung mengambil anak angkat tetapi juga lelaki. Naluri keibuan yang tinggi mendorong mereka berbuat demikian di samping berhasrat untuk mempunyai tempat mencurahkan kasih sayang. Melihat kepada gejala sosial yang memungkinkan lahirnya anak luar nikah, trend mengambil anak angkat di kalangan bayi yang masih kecil ada baiknya berbanding tiada siapa pun yang peduli kepada anak sangsi keturunan.

Trend menyusukan anak angkat dengan menggunakan kemajuan teknologi perubatan bukanlah salah tetapi ibu angkat seharusnya mendapatkan khidmat nasihat daripada cerdik pandai agama dalam hal ini.

Ini kerana pengambilan anak angkat dan amalan lainnya semasa memelihara mereka bersangkut paut dengan hukum dan syarak, sama ada mengenai penyusuan dan batasannya, aurat dan sempadan yang harus mereka awasi, pewarisan harta, menamakan anak dan sebagainya.

Yang menjadikan anak angkat sebagai anak susuan ialah sekiranya ibu yang menyusukan anak itu telah baligh, anak yang disusui berusia tidak lebih dari dua tahun, bilangan menyusu mesti lima kali yang berasingan atau lebih dan setiap kali menyusu mesti sehingga kenyang dan susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada setiap kali penyusuan yang berasingan.

Jangan pula anak angkat yang disusui menyalahkan ‘ibu’ atau ‘bapa’ mereka apabila dewasa kelak kerana mengahwini keturunan sendiri atau saudara susuan kerana mereka tidak mengenali sesiapa pun melainkan yang ada di sekeliling. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis ini jelaslah bahawa perkahwinan dengan saudara susuan ialah haram, tetapi yang sukarnya sekiranya masyarakat hari ini tidak mengambil kira risiko pada masa akan datang yang memungkinkan sesebuah perkahwinan disangsikan kerana halangan pertalian darah dan susu yang tidak muktamad.

so kwn² yg ade isu ini..sila kenalpasti keadaan² yg dibincangkan seperti yg aku suh refer tuh yek..bg yg da bg 30oz susu ibu utk bby..aku assume 30oz adalah 5oz X 6 btl bersaiz 5oz..jadinya adalah 6 kali mnum..tp tgk adakah setiap kali mnum bby kenyang atau tak..sila pastikan itu ok..

bg isu sama ada 3 @ 5 kali kenyang..tidak dpt ditentukan yg mana satu muktamad..sbb byk ulama yg berbeza pendapat..idea yg aku bole bg sebagai rujukan dlm isu ini ialah..jika kite bg susu kurang dari 3 kali kenyang kepada bayi..maka bayi tersebut tidak lg menjadi bayi susuan kite dan tiada hubungan mahram dengan kita..klo da lbh dr 3 kali tuh..assume la da ade hubungan susu ibu yek..so harap bole guide korang yek..nnt klo ada info lain..aku akan share lg yek..daaaaaaaaa


penyelesaian dlm isu dlm penyusuan adalah bergantung kepada pengalaman individu yang berbeza...tiada penyelesaian tetap ok...

3 comments:

ayu said...

normy, bagus info ni..^_^

alfa juliet said...

okeh nomy tk..aku happy dia dah minum 30oz susu aku..pas ni dia akan minum lagi..bahagia sgt rasanya...feel adalah lain

aini aziz said...

ayu..semoga dpt jd panduan kepada kwn² kite..

aza..aku tggu entry ko bile nak kuar psl feel ko tuh la..nth kapan mahu dibuat..hehehe..