CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 March 2010

Yang Tercantik Ciptaan Allah

salam pagi..aku berN3 dari opis..

yang cantik...?pada aku bby baru lahir sgt cantik..dan kerana bby itu cantik..justeru itu kita jugak perlu meberi mereka makanan yang cantik..pendidikan yang cntik..apa sahaja yang cntik kan di mata ibu² dan bapak²...

aku ingin berkongsi tentang keunikan susu ibu..ramai antara di luar sana yang sudah sedar tentang kebaikan susu ibu itu secara basis nya..mari kita ramai² menghebahkan ilmu yang ada ini k..hehehe..

dari pengalaman aku..bila terputusnya uri dari baby..mknn pertama yang aku beri pd baby ialah susu ibu..sejam pertama penyusuan merupakan langkah pertama terpenting untuk kejayaan penyusuan susu ibu secara ekslusif...kenapa? kerana itu merupaka perbuatan pertama baby itu..pandai kan die menyusu..sejam pertama sudah pandai menyoyot..menghisap..ape lg istilah..suck..latch..SUBHANALLAH..anak aku telah pandai utk pelajaran pertama..dan alhmdllh..sudah mendapat pelindung pertama dalam hidupnya..KOLOSTRUM..kawan²..pada peringkat pertama susu ibu..ianya susu belum matang lagi dan di panggil KOLOSTRUM..dan sgt sedikit..hanya secamca besar yang diperolehi..cukup ke tuh?..cukup..sgt cukup..kerana perut baby baru lahir adalah sebesar biji guli sahaja..kecik kan..Allah itu Maha Arif menciptakan apa²..

Kenapa KOLOSTRUM sgt penting..mempunyai antibiotik yang sgt penting kepada antibodi baby..umpama pelindung atau ubat pertama utk baby..

Mengapa penyusuan sejam pertama penting..

1) untuk memberi signal kepada badan ibu supaya susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak

2) sudah pasti ianya makanan pertama utk baby supaya baby dapat meneruskan hayat nya..kepada kwn² mom to be..jika berlaku sebarang komplikasi kepada baby..sila bekalkan susu perahan..jadi antara persiapan yang mummy perlu sebelum kelahiran adalah pum susu..klo hospital sg. buluh tmpt aku bersalin..mmg ada pum susu yang bergred hospital..jd..aku hanya pum..pum..pum..dan pum untuk memberi signal kepada badan supaya dpt menghasilkan susu..Allah Maha Bijaksana..smua sudah tersedia..hanya kita ibu ² yang perlu berusaha ke arah itu..logik kan..

Kerapkan menyusu baby..iaitu dengan ibu duduk bersama dengan bby dalam bilik yang sama..ini dipanggil menyusu on demand..klo bby tido..sila kejutkan baby dengan lemah lembut yek..pastikan latch yang betul..mengapa perlu kerap menyusu..sekali lagi supaya signal dapat diberi kepada badan ibu utk menghasilkan susu yang lebih..dan yang ini yang aku nak share ngn kwn²..susu ibu merupakan laksatif iaitu agen penyingkir bilirubin dlm bentuk najis..bilirubin..ape tuh..nnt aku bgtau yek..tp klo dlm bahasa biasa dengar..bilirubin boleh menyebabkan kuning..jaudis...kepada baby jika tidak disingkirkan..mom to be..utk mengelakkan anak mendapat jaundis..kerapkan menyusu anak ek..kerana lebih kerap anak menyusu..lebih byk anak berak..bilirubin lebih berkesan dinyahkan melalui najis..kurang berkesan dinyahkan melalui air kencing..jd jgn bg AIR MASAK klo bby jaundis yek..sila susukan bby sekerap-kerapnya..

kesimpulan dari atas..kerapkan menyusu bby untuk memberi signal kepada bdn supaya susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak..klo pegi klinik..nnt die akan tulis kat buku record tuh.."bf on demand.."..on demad itu..tak perlu ms tertentu..tidak tempat tertentu..bagi jek..berapa kali anak berak..biarkan..lagi bagus..dan susu ibu tidak akan memberi kesan sampingan kepada usus bby kita yang lembut itu.. UNIk kan susu ibu..jd masalah cicit birit ke..anak tidak berak seminggu ke..mmg normal bg ibu yang menyusukan hanya dengan susu ibu..dan inilah yang di panggil PENYUSUAN EKSLUSIF..beri bby HANYA SUSU IBU pada 6 bulan pertama kelahiran..makanan tambahan diberi selepas 6 bulan dan masih lg menyusukan dengan susu ibu..dan seterusnya penyusuan diteruskan sehingga umur bby 2 thn..


Adha Ainursyafiah-kakak hanya mendapat nikmat susu ibu hanya sebentar..maafkan ibu kerana kekurangan ilmu di dada..


Adha Ainurraudhah-adik..alhamdulillah..anak 100% susu ibu


kawan²..aku sgt suke blog ini dan blog ini..aku happy untuk kongsi apa² info yang terdapat dlm blog itu..dapatkan ilmu² yang berguna di situ yek..aku masih lg belajar..dan website susuibu.com juga kegemaran aku..


adik anak 100% susu ibu


kakak 100% kasih sayang ibu


mereka berdua hasil kasih sayang kami :D


bonda muda yang OBSES : ilmu itu sgt penting dlm menjayakan penyusuan ekslusif susu ibu

5 comments:

silverlady said...

kagum dgn ko nomy...memang adik yg fully bf nampak gebu dari kakak...dheha sebijik muka asben ko ye

aini aziz said...

a'ah..dheha ikot muka ayah die..yg adik ikot aku..kate org la..

N..aku pomot ko btol punye bile ko ngndung anak ke 2 nnt ek..nnt aku ajo le ek..tak susah..senang jek..

yangyuyu said...

anak ko chomel2...

Cikgu ILi said...

Rindunya nak breastfeed lagi..

aini aziz said...

umi > alhmdllh..bby smua comel dan cantik..smua anak² kita smua cantik²

ili > klo niat mmg murni da n bagus..pasti satu hari akan mengalami nya lg sekali..