CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 July 2010

mknn seimbang bayi


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU
"SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAKNYA DENGAN SUSU IBU SAHAJA DARI LAHIR SEHINGGA BERUMUR ENAM BULAN DAN MENERUSKANNYA SEHINGGA BAYI MENCAPAI UMUR DUA TAHUN. MAKANAN PELENGKAP PERLU DIBERIKAN MULAI BAYI BERUMUR 6 BULAN"

salam semua..arini aku nak share ttg keperluan/gizi seimbang bg bayi seumur sehari sehingga setahun..merujuk kepada carta oleh UNICEF di atas

  1. peringkat pertama umur bayi 0-6 bulan
ketika bayi dilahirkan sehingga berumur 6 bulan, bayi hanya perlu makan susu ibu nya sahaja..BUKAN susu formula..BUKAN bubur gandum halus berair..TIDAK perlu tambah air masak..HANYA SUSU IBU SEMATA-MATA

2. peringkat kedua umur bayi 6 - 8 bulan

dalam peringkat ini..bayi sudah boleh diberi makan makanan dari sumber karbohidrat, sumber sayur-sayuran dan buahan²..JANGAN bg sumber protien dahulu yek..sumber karbohidrat boleh diperolehi dari nasi, roti, gandum..tp mknn ruji Malaysia da tentu nasi kan..jadinya masak la bubur dan siap di blend dan boleh dicampur dengan sayur² yg telah di blend atau boleh jugak diberi bersama buah² yg jgk telah diblend halus (dipanggil puri)..klo nak tukar selera..bole gune keledek yg diblend..beras merah yg boleh dibeli mentah dan dimsk secara bubur dan diblend..aku TIDAK menggalakkan memberi mknn yg siap dlm tin (nestum yg dlm tin tuh) utk bayi kerana keraguan cara membuatnya semasa dikilang dan bahan² pengawet yg dibubuh utk pengekalan rs mknn dlm tin tersebut..SILA msk sndr mknn anak anda..bonus kerana anak merasa dahulu air tgn ibu nya sndr..kesimpulan dari peringkat 2 ini adalah SUSU IBU adalah sumber utama pertama kemudian barulah mknn pelengkap seperti yg aku da kupaskan..

3. peringkat umur bayi 9-11 bln

dalam peringkat ini..teruskan seperti dlm peringkat ke-2..hanya perlu tambah sumber protein dan lemak dlm mknn bayi..jadinya kita bg nasi, sayur,ikan @ ayam @ daging dan buah juga yg telah diblend halus..kite da boleh pelbagaikan mskn dengan menggunakan myk msk, marjerin, planta..dan masih lg SUSU IBU adalah sumber mknn utama barulah maknn pelengkap..

4. peringkat terakhir adalah 12 bulan dan ke atas

dalam peringkat ini..mknn seimbang adalah sumber utama kepada anak² dan SUSU IBU telah menjadi sumber ke-2..teruskan menyusu anak dgn susu ibu sehingga 2 thn..pd peringkat ini..anak² digalakkan belajar mkn bersama dgn ahli keluarga..dan tujuan menggalakan menyusu dgn susu ibu sehingga 2 thn adalah manfaat bonding antara ibu dan anak..isu kasih sayang terlibat disini kerana pd peringkat ini..susu ibu menjadi pengikat kasih antara ibu dan anak..dan jika timbul isu ibu ingin wean off (bercerai susu)..tiada mslh tetapi jgn bg susu formula plk yek..da cntik² dr atas td da bersih usus budak tuh..tb² bg plk susu formula..da xcntk lg la kan..

tujuan peringkat yg cntik ini telah disusun adalah utk memelihara kesihatan perut bayi supaya tidak tercemar dgn bhn yg tak sepatutnya berada dlm usus bayi supaya tak berlaku cirit birit la..kembung perut la..sembelit la..kan kite jgk susah hati nnt..dan ape² penyakit yg bole mendorong kepada penyakit kronik..mane la kite tahu kan..so prevention is better than cure...dan INGAT..peringkat 1-3..SUSU IBU adalah mknn sumber utama bayi..jika kita skip² bg mkn pn takpe..kerapkan menyusu dan pump..

oklah..itu shj perkongsian utk kali ini utk panduan akan dtg..nnt aku kongsi lg..sebarang mslh..boleh hubungi royalkrim@yahoo.com, sms 012-756 0813 dan komen di blog ini...daaaaaaaaaa

2 comments:

armouris said...

info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

Mimi said...

i love breastfeeding moms!