CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 August 2010

ibu susuan..kasih sesama manusia

aku just nak share ttg seorg umat nabi Muhammad yg dgn rs ikhlas dan prihatin dgn seorg bayi yg baru ditinggalkan ibu akibat mati mengejut di Melaka..aku rs ini kes yg ibu koma selepas melahirkan sblm nie..email nie mmg semua PC dpt..sgt kagum dgn niat hati puan ini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dipagi yang hening ini  tiba2 saya terjaga dari tido mengenagkan nasib seorang bayi perempuan yang baru seminggu dilahirkan kerana kematian ibunya pada hari Ahad yang lepas....punca kematian ibunya ini, saya belum diketahui lagi....niat dihati saya ini kuat ingin menjadi ibu susuan pada bayi malang itu....

Bapanya seorang operator kilang dan pempunyai seorang lagi anak lelaki yang berumur setahun lebih....bapanya juga sedang memikirkan siapa yg nak jaga anak dia sekarang kerana arwah isterinya sebelum ini seorang suri rumah....Arwah isterinya tu muda lagi baru berumur 29 tahun....tak de penyakit lain direkodkan....kematiannya juga dianggap sbg kematian mengejut dan perlu membuat post-mortem...

keluarga malang ini adalah jiran saya selang beberapa rumah....saya nak tanya pendapat semua PC tentang niat saya nie...memandangkan saya seorang ibu yang bekerja...saya sedang membuat beberapa perancangan( klu bapa dia setujulah...sbb blum bincang lagi dgn bapanya...)

1. saya akan hantar 2org anak dia nie ke taska yg menjaga anak saya sekarang- kos taska minta bapanya yg tanggung....

2. bila waktu malam atau cuti bayi nie akan bersama saya...

tujuan saya buat semua nie pertama sekali sbb nak bayi tu menyusu susibu dan keduanya sbb taknak bapanya pisahkan hubungan adik-beradik krn apa  yg saya dengar bapanya ingin memberi bayi tersebut pada org lain....

saya berdoa pada Allah SWT... sekiranya bapanya setuju dengan cadangan ini....supaya Allah taala memudahkan niat murni dan urusan seharian saya memandangkan saya perlu menjaga 3 org anak saya yang lain....

Akhir sekali minta maaf pada semua sekiranya ayat saya nie tak berapa nak difahami...saya memerlukan cadangan, pendapat dan sokongan dari PC2 semua...

sekian terima kasih....


mmg pyh sket procedur utk menjadi ibu susuan nie sbb puan tersebut akan berhadapan dgn bermacam² mslh jika timbul isu² berbangkit..aku hanya mendoakan niat murni puan akan berjaya dicapai dan mendapat restu dari semua pihak...akan update kelak jika telah dpt berita ttg puan ini..insyaAllah

1 comment:

azhariahzuber said...

aku pun teringin nak jadi ibu susuan..tapi takde plak sedara mara yg offer anak mereka..kalau nak offer diri, aku takut org ckp mcm2..ko taulah manusia ni